Terms & Conditions

Pengenalan

Selamat datang ke Bundle2u.com. Terma dan syarat ini terpakai kepada semua pengguna yang melayari laman web Bundle2u.com.

Penggunaan Laman Web

Laman web Bundle2u.com digunakan sebagai platform jual beli dan lelong sahaja. Penggunaan semula kandungan Bundle2u.com oleh pihak ketiga bagi tujuan komersil adalah dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran dari pihak kami.

Setiap kandungan yang dipaparkan adalah untuk tujuan maklumat kepada pengguna. Produk yang dipaparkan adalah kepunyaan peniaga (seller) dan tidak dikeluarkan oleh pihak Bundle2u.com. Setiap komen dan pernyataan produk tidak mengambarkan pandangan dari pihak Bundle2u.com.

Servis yang disediakan oleh Bundle2u.com memerlukan pengguna berdaftar dan pengguna dianggap bersetuju setelah mengisi maklumat yang diperlukan pada borang pendaftaran. Maklumat pengguna mestilah betul dan sentiasa dikemaskini jika terdapat perubahan. Setiap pengguna mestilah bertanggungjawab ke atas akaun masing-masing dan dijaga dengan selamat. Jika terdapat pencerobohan akaun, sila maklumkan kepada pihak Bundle2u.com dengan segera dan pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya.

Jika terdapat pendaftaran dan penggunaan akaun tidak tepat atau palsu serta berniat tidak baik dalam menggunakan laman web Bundle2u.com, pihak kami berhak menutup akaun tersebut serta merta tanpa notis.

Produk

Produk yang dipaparkan beserta maklumat produk dan harga adalah ditetapkan oleh peniaga (seller). Sila kemukakan persoalan pada bahagian Review supaya peniaga dapat memberi maklumat lebih lanjut berkaitan produk.

Pembelian

Pengguna boleh membuat pembelian selagi stok produk masih ada dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Sila gunakan kupon untuk mendapatkan harga diskaun jika terdapat tawaran promosi oleh peniaga (seller).

Pembidaan

Bidaan juga disediakan bagi produk yang sedia dilelong oleh peniaga (seller). Setiap bidaan adalah sah mengikut masa yang telah ditetapkan. Proses bidaan adalah sama dengan Yahoo auction yang mana pengguna/pembeli boleh membida secara langsung dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika terdapat bidaan dalam tempoh 5 minit terakhir, sistem akan secara automatik menambah masa sebanyak 5 minit. Ini bagi memberi keadilan kepada pengguna/pembeli lain yang mungkin mempunyai masalah rangkaian untuk meneruskan bidaan.

Bidaan tertinggi selepas masa bidaan tamat dianggap pemenang. Pemenang mestilah mematuhi tempoh pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga (seller). Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan oleh pihak Bundle2u.com.

Setiap bidaan juga akan direkod, jika terdapat aduan berkaitan “joybidder” atau dikesan bekerjasama dengan peniaga (seller) secara tidak adil bagi menaikkan harga bidaan, pihak Bundle2u.com berhak menutup akaun pengguna/pembeli dan juga peniaga (seller) terbabit serta merta tanpa notis.

Pembayaran

Pembayaran untuk pembelian dan bidaan yang berlaku mestilah melalui saluran pembayaran yang disediakan oleh Bundle2u.com Pihak Bundle2u.com menyediakan platform pembayaran mudah dan selamat kepada semua pengguna melalui Online Banking (FPX) dan juga Kad Kredit. Setiap bayaran ini akan melalui Payment Gateway SenangPay.

Penghantaran

Penghantaran akan dibuat oleh peniaga (seller) mengikut polisi yang ditetapkan. Peniaga akan emel tracking number kepada pembeli setelah produk dipos.

Pemulangan

Pengguna/pembeli boleh membuat pemulangan produk sekiranya terdapat kesalahan produk, kecacatan pada produk atau produk tidak original. Pemulangan barangan boleh dibuat dalam tempoh 7 hari selepas barang dipos dan setiap barangan mestilah dalam keadaan asal. Selain itu, ia tertakluk kepada budi bicara peniaga (seller) terbabit untuk menguruskan hal pemulangan.

Nota:
Jika terdapat sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan bagi pengguna/pembeli, sila emel kepada support@bundle2u.com.