Stussy – 1954

Jenama Stussy diasaskan oleh Shawn Stussy pada tahun 1954 yang merupakan seorang pembuat papan luncur air di California.

Logo yang digunakan Stussy bermula bila Encik Stussy menconteng papan luncur dengan marker tebal. Mula dari situ, Encik Stussy ni guna pula logo tu pada baju, seluar pendek, topi dan menjual dengan kereta di sekitar Pantai laguna, California. Titik mula jenama ni berkembang setelah semua barang yang dijual sold out. 

1984, Stussy dengan member dia, Frank Sinatra Jr. bergabung untuk menjual pakaian berjenama Stussy. Syarikat Stussy telah berkembang ke Eropah pada tahun 1988 dan seterusnya membuka butik di SoHo, New York. Jenama Stussy terus maju sekitar tahun 1990-an dan jualan mencecah USD17 juta pada tahun 1991 dan USD20 juta pada tahun 1992 yang mana semua produk telah habis dijual di setiap butik Stussy.

Pada 1996, Encik Stussy letak jawatan sebagai presiden syarikat dan Sinatra telah membeli saham syarikat Stussy dan keluarga SInatra masih lagi merupakan pemilik Stussy. Sekarang Stussy telah berkembang di Eropah, Asia, Amerika, Kanada dan Australia.

Gaya yang dibawakan Stussy adalah lebih kepada hip-hop, skater dan juga surfer. Selian itu ada juga sikit masuk gaya punk dan gaya jalanan (street subculture) tapi pengeluaran jenama Stussy masih lagi diminati mengikut kesesuaian generasi semasa.

Mari kita usha sedikit info berkaitan label Stussy untuk rujukan peminat bundle. Info ini diambil dari perkongsian sahabat di media sosial, Facebook.

Rujukan kandungan: Wikipedia
Terjemahan dan olahan oleh: Bundle2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

%d bloggers like this: