Terma & Syarat Peniaga (Seller/Vendor)

Tujuan
Tujuan terma dan syarat ini adalah bagi menjelaskan penggunaan laman web Bundle2u.com beserta servis yang disediakan demi menjaga kemaslahatan antara dua pihak iaitu Bundle2u.com dan peniaga.

Pendaftaran
Setiap peniaga yang berdaftar telah bersetuju dengan terma dan syarat ini dan peniaga mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Bundle2u.com. Sila emel gambar Kad Pengenalan ke seller@bundle2u.com selepas pendaftaran online bagi tujuan pengesahan supaya pihak Bundle2u.com dapat membuat pembayaran tuntutan hasil jualan kepada peniaga. Jika akaun bank peniaga adalah atas nama syarikat, sila sertakan juga gambar sijil SSM yang sah.

Akaun Peniaga
Setiap akaun peniaga adalah dibawah tanggungjawab peniaga tersebut. Segala maklumat berkaitan akaun perlulah dijaga dengan selamat. Peniaga perlu mengisi dan juga mengemaskini maklumat akaun serta tetapan akaun masing-masing supaya sistem Bundle2u.com dapat berjalan dengan lancar selain dapat dirujuk oleh pengguna/pembeli. Ruangan bagi terma & syarat untuk peniaga juga disediakan.
Akaun peniaga yang tidak aktif lebih dari 2 bulan akan dinyahaktif. Seterusnya akaun akan ditutup sepenunhya selepas 1 bulan dari tarikh nyahaktif jika tiada maklumbalas peniaga dalam tempoh tersebut.

Hakcipta
Peniaga mestilah memastikan produk atau imej yang digunakan tidak melanggar mana-mana hakcipta dari pihak lain. Pihak Bundle2u.com tidak akan bertangungjawab sekiranya peniaga terlibat dengan isu hakcipta.

Produk
Setiap produk yang dijual mestilah original dan tidak melanggar undang-undang Malaysia dan halal disisi agama. Peniaga mestilah menyediakan maklumat produk dengan betul dan mudah difahami kepada pengguna/pembeli. Produk yang hendak dijual mestilah dimiliki oleh peniaga sendiri dan sedia untuk dipos tanpa melibatkan pihak ketiga. Pra-tempahan (pre-order) atau pembelian secara proksi (proxy buying) produk adalah tidak dibenarkan.

Jualan
Setiap transaksi jualan adalan melalui Online Banking (FPX) dan juga Kad Kredit. Kadar komisen sebanyak 5% akan dikenakan oleh Bundle2u.com ke atas setiap transaksi jualan yang berlaku dengan jaya.

Lelongan/Bidaan
Setiap produk yang dilelong mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh bundle2u.com. Maklumat produk lelongan mestilah diisi dengan lengkap oleh peniaga (sila rujuk Seller Manual). Segala aktiviti lelongan/bidaan dan transaksi pembayaran yang berlaku mestilah melalui bundle2u.com.

Penghantaran & Pemulangan
Peniaga disediakan ruang untuk menyatakan polisi penghantaran dan juga polisi pemulangan pada Dashboard > Settings > Shipping . Setiap penghantaran & pemulangan produk adalah tertakluk kepada polisi yang ditetapkan oleh peniaga. Proses penghantaran dan pemulangan adalah melibatkan peniaga dengan pembeli sahaja. Jika terdapat isu teknikal, pihak Bundle2u.com akan sedia membantu.

Pembayaran kepada Peniaga
Pembayaran akan dibuat oleh Bundle2u.com kepada peniaga berdasarkan permintaan pengeluaran (withdraw) oleh peniaga. Kekerapan pengeluaran tanpa caj adalah 2 kali sebulan dan caj RM2 akan dikenakan bagi setiap permintaan pengeluaran kali ke-3 dan seterusnya pada bulan yang sama. Minimum pengeluaran adalah sebanyak RM100 dan juga bergantung kepada tempoh matang transaksi iaitu selama 7 hari. Tempoh matang ini adalah bagi membolehkan transaksi dari Payment Gateway ke akaun Bundle2u.com berlaku terlebih dahulu sebelum dapat dipindah bayaran ke akaun peniaga. Peniaga mestilah mengisi maklumat akaun bank pada Dashboard > Settings > Payment.

Promosi
Peniaga/seller diminta bekerjasama dalam promosi kedai online masing-masing. Pihak Bundle2u.com akan cuba sedaya upaya bagi mempromosikan produk setiap peniaga/seller yang berdaftar dengan Bundle2u.com.

Nota
Kegagalan peniaga mematuhi terma & syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh Bundle2u.com boleh mengakibatkan akaun peniaga akan digantung atau ditutup serta merta tanpa notis dan ianya tertakluk pada budi bicara pihak Bundle2u.com.

Terma & syarat ini juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi bantuan & sokongan Bundle2u.com di seller@bundle2u.com

Berniagalah dengan jujur dan amanah. Rezeki itu milik Allah.”

%d bloggers like this: