MyDenim Fade Competition (MDFC) 2020 – mydenim.org

Salam dan selamat sejahetra.

Ini ada berita baik bagi peminat-peminat denim Malaysia, mydenim.org telah menganjurkan
pertandingan My Denim Fade Competition (MDFC) 2020 buat kali ke-5.  Mungkin masih belum terlewat untuk diwar-warkan pertandingan dwi-tahunan yang julung-julung diadakan bagi memeriahkan lagi suasana ‘sek makkar’ denim di Malaysia. Disamping itu juga, pertandíngan ini juga diadakan bagi tujuan mengeratkan ukhwah antara peminat denim dan juga saling berkongsi pendapat serta pengalaman dalam arena denim tempatan.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan karektor fade seluar denim yang paling unik berdasarkan ciri-ciri seperti honey comb, train track, roping, whiskers serta lain-lain kesan fade yang sesuai dan keputusan juri adalah muktamad.

Secara ringkas, berikut adalah syarat pertandingan:

* Seluar baru (raw) atau yang sudah dipakai tetapi belum ada kesan fade.
* Peserta harus post gambar pada 1 Okt 2020, gambar penuh seluar depan dan belakang serta shot closeup.
* Kod peserta akan diberi mengikut turutan pendaftaran. Contoh: mdfc023/20
* Update gambar seluar dan post di group mydenim.org beserta hashtag code pendaftaran : #mdfc023/20 #mydenimfade20
* Tarikh TUTUP penyertaan adalah pada 30 Sep 2020.

Tempoh pertandingan adalah selama setahun bermula 1 Okt 2020 sehingga 30 Sep 2021.

Terima kasih kepada penganjur dan pihak yang terlibat dalam mengadakan MDFC musim 2020 kali ini.
Until maklumat lanjut dan terkini, sila layari Facebook Rasmi mydenim.org

Tips nak fade:
– pakai/lenjan hari-hari la boh 🙂

Nota: Gambar dan info adalah dirujuk pada page FB mydenim.org (kemaskini 13 Sep 2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

%d bloggers like this: