Keusahawanan Rasulullah

Fasa pertama – dibesarkan dalam persekitaran bisnes. Ayah baginda, Abdullah bin Abd Mutalib, seorang international trader. Beliau berdagang sehingga Sham dan Yaman. Abdullah meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas berdagang di Sham.

Fasa kedua – Rasulullah saw menyediakan perkhidmatan menggembala kambing sewaktu kecil. Hari ini kita sebutkan ”gig economy.” Setiap hari baginda menentukan beratus-ratus ekor kambing milik penduduk Makkah selamat, sihat dan kenyang. Bisnes ini bersifat B2C.

Fasa ketiga – Baginda saw telah scale up bisnes kepada menyediakan perkhidmatan B2B. Pak cik Rasulullah saw iaitu Abi Talib menjadi mentor. Baginda saw membuat lima perjalanan dagang untuk klien utama, Siti Khadijah. Ketika berusia 25 tahun, Rasulullah saw membuat empat perjalanan dagang antarabangsa ke Yaman dan satu ke Sham. Ada beberapa struktur bisnes yang digunakan ketika ini, termasuklah ”sweat equity.”

Fasa keempat – menjadi rakan kongsi bisnes Siti Khadijah yang juga isterinya. Bisnes Siti Khadijah ialah bisnes rentas sempadan.

Modal paling besar baginda saw ialah ”modal sosial” iaitu kebolehan, akhlak dan amanah, sehingga diberikan kepercayaan yang besar. Dalam bahasa mudah, Rasulullah saw ada ”competency” dan ”credibility.”

Sabda Baginda saw:

”Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para sidiqin dan para syuhada.” (al-Tirmidhi dalan kitab al-Buyu, hadis nombor 1209).

Setelah baginda wafat, sahabat-sahabat menerokai bisnes global, sekaligus membawa Islam kepada semua umat manusia.

MODEL PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN GLOBAL RASULULLAH SAW
Kredit: https://web.facebook.com/nobisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.