Jaket Sukajan

Apa benda Sukajan ni? Jaket Sukajan ini juga dikenali sebagai jaket cenderamata (souvenir jacket) dan bermula di Yokosuka, Jepun
yang mana merupakan tempat pangkalan tentera Amerika. Suka merujuk kepada tempat Yokosuka dan Jan adalah “jumper” merujuk kepada Jaket.

Selepas perang dunia ke-2, askar Amerika menggunakan lebihan/buangan kain payung terjun untuk membuat jaket macam jaket yang dipakai oleh pelajar universiti. Jadi sebelum tentera ni balik semula Amerika, mereka hantar baju ini untuk jahit sulaman pada jaket dengan seni rekabentuk budaya jepun seperti naga, harimau, helang, ikan, samurai dan macam-macam lagi sebagai cenderamata dan kenangan semasa berkhidmat di Jepun.

Sekitar tahun 70-80an, kebanyakan jaket dihasilkan di bandar Kiryu dan dijual di butik-butik sekitar Yokosuka kepada pelayar-pelayar luar sebagai cenderamata. Jaket ini juga dipakai oleh anak muda Jepun dan selepas itu menjadi popular di seluruh Jepun. Jaket ini juga popular dikalangan Yakuza.

Jaket sukajan ini masih lagi dikeluarkan sehingga ke hari ini oleh syarikat Toyo Enterprise di Tokyo, Jepun.

Kita boleh lihat pelbagai jenis sukajan ada dipasaran dan pelbagai jenis corak sulaman dibuat, namun ianya berbeza antara Sukajan Vintage dan Sukajan Moden. Sukajan Vintage lebih berbentuk ringkas kerana dijahit menggunakan tangan satu persatu dan material yang digunakan adalah satin sementara Sukajan Moden dijahit sepenuhnya menggunakan mesin serta jenis fabrik campuran seperti kapas.

Antara jenama-jenama popular yang telah mengeluarkan jaket sukajan ini adalah seperti Vanquish, Adidas, Taylor Toyo, XLARGE, Evisu, Ed hardy dan macam-macam lagi.

Kini, jaket Sukajan adalah sebahagian dari Budaya Pop Jepun dan tidak dianggap imej budak jahat yang dibawakan sebelum ni termasuk imej Yakuza.

Leave a Reply

%d bloggers like this: