How to Bid

Auction di Bundle2u.com menyediakan kemudahan lelong dan bid kepada peniaga dan juga pembeli. Proses bidaan ini adalah merujuk kepada proses bidaan seakan-akan Yahoo Auction. (sedia maklum bagi mereka yang telah biasa dengan Yahoo Auction)

CARA BUAT BIDAAN

  1. Bagi meneruskan proses bidaan, pengguna/pembeli/pembida mestilah berdaftar terlebih dahulu.
    bundle2u-register-now
  2. Sila layari laman lelong (Auction Page) dengan akses menu “Auctions” pada menu utama.
  3. Pilih produk/barang yang hendak dibida (Bid).
  4. Lihat maklumat produk/barang serta maklumat peniaga.
  5. Reserve price has not been met – bergantung kepada seller untuk set minimum harga yang dibid sebelum bidaan tersebut dikira menang. Pembida yang mempunyai nilai bidaan tertinggi tidak dikira pemenang jika tidak melepasi Reserve price ini.
  6. Jika sudah bersedia untuk membida, klik pada ruang jumlah bidaan yang disediakan. Tekan butang +/- atau masukkan sendiri jumlah harga yang anda mahukan.
  7. Jika anda mahu menyimpan senarai atau mahu melihat produk yang dilelong pada masa akan datang, sila klik “Add to watchlist!”.
  8. Setiap bidaan ada penambahan minimum yang ditetapkan oleh peniaga. Contoh RM5 atau RM10. Jadi pembeli haruskan menaikkan jumlah harga bidaan minimum dari harga yang ditetapkan atau lebih. Error mesej akan dipaparkan jika kenaikan dibuat oleh pembida tidak melepasi kenaikan minimum yang ditetapkan oleh seller.
  9. Bidaan akan tamat mengikut masa yang disediakan. Jika berlaku bidaan dalam tempoh 5 minit terakhir, masa tambahan bidaan akan bertambah sebanyak 5 minit termasuk baki masa sedia ada.
  10. Anda boleh melihat aktiviti bidaan anda dengan akses menu “My Bid” pada User Menu.
  11. Apabila bidaan tamat, pembida yang menang mestilah membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh peniaga. Bayaran boleh dibuat melalui Online Banking (FPX) dan Kad Kredit. Sebaiknya bayaran haruslah dibuat serta merta oleh pemenang setelah bidaan tamat.
  12. Kegagalan pembayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dianggap sebagai “Joybidder” dan akan disenarai hitamkan dari berurusan di Bundle2u.com. Ini juga bergantung kepada budi bicara peniaga dan juga pihak Bundle2u.com.

how-to-bid

Selamat Membida!

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila email kepada support@bundle2u.com