About

Bundle2u.com merupakan sebuah portal jual beli serta lelong bagi membantu peniaga-peniaga bundle di Malaysia. Dengan wujudnya platform ini, diharap peniaga bundle dapat meningkatkan lagi hasil jualan mereka. Pasaran bagi Bundle2u adalah tidak terhad untuk pasaran tempatan sahaja malah mungkin di peringkat antarabangsa.

Bundle2u.com juga menetapkan hanya produk tulen/original sahaja dibenarkan untuk dijual pada laman web Bundle2u.com. Setiap produk/barang/item akan ditapis atau dipantau sebelum diterbitkan kepada pengguna/pembeli. Ini bagi menjamin pembeli/peminat bundle dapat berurus niaga dengan yakin dan tidak ditipu oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bundle2u.com dimiliki dan dioperasikan oleh Syarikat MOONARKI WORLD (CA0217985-T), sebuah syarikat bumiputra yang ditubuhkan pada tahun 2015.

%d bloggers like this: